Jumaat, 22 Julai 2011

Teka teki Imam Al-Ghazali


Assalamualaikum...kali nie kami nk berkongsi sedikit berkenaan teka teki
 IMAM AL-GHAZALI...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya: 

Soalan pertama Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? 
Murid 1 : Orang tua 
Murid 2 : Guru 
Murid 3 : Teman 
Murid 4 : Kaum kerabat 
Imam Ghazali :Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah
MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185). 

Soalan kedua Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini
Murid 1 : Negeri Cina 
Murid 2 : Bulan 
Murid 3 : Matahari 
Murid 4 : Bintang-bintang 
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetapi kita tidak akan
 dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok
 dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. 

Soalan ketiga Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ? 
Murid 1 : Gunung 
Murid 2 : Matahari 
Murid 3 : Bumi 
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, 
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. 

Soalan keempat Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ? 
Murid 1 : Baja 
Murid 2 : Besi 
Murid 3 : Gajah 
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah 
MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang,
 gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya 
berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
 masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.' 

Soalan kelima Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ? 
Murid 1 : Kapas 
Murid 2 : Angin 
Murid 3 : Debu 
Murid 4 : Daun-daun 
Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan 
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan
 kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ' 

Soalan keenam Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang 
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya 
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

1 ulasan: